Ada banyak cara nak bina laman Blog. Saya nak kongsi cara yang saya pernah buat. Nak kata cara ini paling mudah taklah jugak kerana cara lain saya tak belajar. Cuma panduan ini untuk orang yang tak tau langsung bina laman blog. Jom kongsi.
Langkah 1: Mesati ada alamat email.
Saya cadangkan anda buat akaun gmail.
Langkah 2: Sign in blogger.
Isikan maklumat yang diminta. Ikut langkah seterusnya (continue) hingga selesai.
Langkah 3: Masukkan maklumat ikut kehendak anda
Sebelum itu anda hendaklah terlebih dahulu mempunyai gambaran awal bagaimanakah blog yang anda mahu. Contohnya, jawab soalan berikut:
1. Apakah tema blog anda? (Pendidikan, bisnes, hobi, sukan, masak-masak, bla-bla....?)
2. Siapa sasaran pembaca anda? (budak sekolah, guru, pencari kerja, pembeli ubat, lelaki, perempuan atau sape2 saje...). Kecilkan tema/skop anda supaya anda tak sesat dalam blog sendiri dan jadi cacamarba.
Lihat gambar di bawah. Klik Layout kerana anda akan banyak bekerja di sini.
No comments:
Post a Comment